Khamis, 28 Mei 2020
APEC 2020
31/01/2020 02:00 PM

KUALA LUMPUR, 31 Jan -- Pengarah Eksekutif Sekrertariat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria optimis Mesyuarat Pertama Pegawai Kanan APEC (SOM1) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, akan mencapai matlamatnya.

Mesyuarat SOM1 dan mesyuarat berkaitan akan berlangsung di Putrajaya mulai 3 Feb hingga 22 Feb 2020.

Dalam temu bual yang dimuatkan di laman sesawang Sekretariat APEC, beliau berkata sekretariat itu juga akan memastikan inisiatif terdahulu yang telah membuahkan hasil, akan diteruskan dan dikekalkan.

"Bagi APEC, ada keazaman politik dalam memastikan matlamat konkrit tercapai.

"Kami mahu memberitahu seluruh dunia bahawa integrasi ekonomi serantau sangat penting, dan untuk itu kita perlu bekerjasama dalam memastikan ekonomi global terus berkembang supaya kita semua dapat meraih manfaat daripada perdagangan antarabangsa dan pertumbuhan ekonomi yang terangkum,” katanya.

Hampir 1,500 pembuat dasar, pemimpin perniagaan dan ahli akademik dari 21 negara anggota APEC akan berkumpul minggu depan untuk membincangkan dan merangka agenda dasar bagi isu-isu paling mendesak di era digital, termasuk multilateralisme, perdagangan dan pelaburan, pembangunan modal insan dan kemapanan.

-- BERNAMA

 

 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan