Isnin, 25 Mei 2020
APEC 2020
11/01/2020 11:26 PM

KUALA LUMPUR, 11 Jan -- Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu menumpukan perhatian kepada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 yang dijadualkan hujung tahun ini.

Sebagai tuan rumah APEC 2020, beliau berkata persidangan itu menjadi agenda utama yang perlu diberi perhatian.

“Kini saya boleh tumpu kepada tahun 2020, kerana Malaysia akan menjadi tuan rumah APEC, sebab itulah semua pihak pimpinan negara bertungkus lumus siapkan yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran, tausiah dan doa selamat di Masjid Jamek Al Amaniah, Batu Caves dekat sini, malam ini.

Timbalan Presiden PKR itu mengakui beliau melalui ujian getir bagi tempoh amat panjang  selepas dikaitkan dengan kes video seks, yang disifatkannya sebagai satu percaturan politik paling kejam ke atasnya.

Khamis lepas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mengesahkan tiada mana-mana pihak akan didakwa berhubung video seks yang dikatakan melibatkan personaliti politik berikutan tiga dapatan berasingan membuat kesimpulan bahawa individu dalam video itu tidak dapat dikenal pasti.

Menurut Thomas, CyberSecurity Malaysia, pakar forensik di Amerika Syarikat dan laporan analisis dibuat orang persendirian mengesahkan pengenalan identiti tidak boleh dibuat secara konklusif berdasarkan analisis pengecaman wajah.

“Sebagai umat Islam kita panjatkan rasa syukur dan saya secara peribadi ucapkan alhamdulillah atas pengumuman itu, saya yakin dengan proses yang dijalankan,” kata Mohamed Azmin.

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan