EKONOMI > BERITA

VGM RANCANG JADIKAN MALAYSIA SEBAGAI HAB EKSPORT JENAMA VOLKSWAGEN - TENGKU ZAFRUL

09/05/2024 11:43 AM

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Volkswagen Group Malaysia (VGM) merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menerusi hantaran di laman X pada Khamis, beliau memaklumkan bahawa dalam pertemuan bersama pihak VGM, mereka telah berkongsi perancangan itu.

“Selain model konvensional, VMG turut merancang untuk mengeluarkan kenderaan EV di Malaysia,” katanya.

Beliau yakin kerjasama itu akan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena automotif serantau.

“Kalau dulu kita import Volkswagen, sekarang ni sesetengah model dah dipasang di Malaysia. Antara model yang dipasang di Malaysia ialah Touareg. Ini adalah kali pertama model Touareg dipasang di luar Eropah,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan