BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
EKONOMI

Untung bersih suku pertama Yinson melonjak kepada RM120 juta susulan hasil lebih tinggi

23/06/2022 09:13 PM

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Yinson Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir 30 April, 2022 melonjak kepada RM120 juta berbanding RM112 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil bagi suku berkenaan naik kepada RM1.01 bilion berbanding RM992 juta sebelumnya, kata syarikat itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mengulas mengenai prospek, Yinson berkata ia berada di landasan yang baik bagi menghadapi ketidaktentuan dengan pengurusan risiko dan kawalan dalaman yang mantap serta pelaksanaan semasa pengurusan kawalan kos yang teguh.

"Kami akan terus menggunakan langkah untuk mengurus risiko inflasi secara berhemat termasuk melindung nilai, ramalan yang berkesan, kepelbagaian kos merentas pasaran geografi, memfaktorkan risiko inflasi ke dalam kontrak kami dan pengurusan strategik inventori kami," tambahnya.

Yinson juga mengulangi bahawa sebagai penyedia infrastruktur tenaga dan teknologi dengan kedudukan kepimpinan yang kukuh dalam kemampanan, pihak pengurusan yakin dengan keupayaan kumpulan untuk kekal berdaya tahan di tengah-tengah peningkatan cabaran ekonomi global dengan risiko asasnya.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan