BERITA COVID–19   COVID-19: Lebih 22.9 juta dewasa lengkap divaksin | KKM tidak cadang lanjut vaksinasi PICKids | Kejayaan Malaysia masuk fasa peralihan ke endemik turut dibantu kempen COVID-19 RTM | “Tahniah rakyat Malaysia” - Khairy | COVID-19: Satu lagi kematian dilaporkan di Korea Utara | 
EKONOMI

MR D.I.Y. catat untung bersih rendah RM100.50 juta pada suku pertama tahun kewangan 2022

13/05/2022 11:25 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- MR D.I.Y. Group (M) Bhd mencatatkan penurunan dalam keuntungan bersih kepada RM100.50 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 (S1TK22) daripada RM124.79 juta tahun lalu.

Hasil pula meningkat 4.0 peratus kepada RM905.16 juta daripada RM870.18 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu.

Syarikat itu mengaitkan prestasi tersebut disumbangkan dari kedai baharu, yang meningkat 20.2 peratus tahun ke tahun kepada 947 kedai pada S1TK22, terdiri daripada 841 kedai MR D.I.Y/D.I.Y. Express, 51 kedai MR TOY dan 55 kedai MR DOLLAR, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Rangkaiannya berkembang dengan 47 kedai merentas tiga jenamanya, yang terdiri daripada 44 kedai MR D.I.Y./D.I.Y. Express, dua kedai MR DOLLAR baharu dan satu kedai MR TOY baharu.

Kumpulan itu menyasarkan untuk membuka 133 lagi kedai merentasi semua jenama pada tahun ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutifnya Adrian Ong berkata gelombang keempat pandemik COVID-19 pada Februari 2022, dengan varian Omicron yang pantas merebak telah meningkatkan kadar jangkitan dan akibatnya ia mengurangkan trafik dan dan perbelanjaan pengguna.

Beberapa kedai MR D.I.Y. ditutup seketika untuk kerja-kerja sanitasi tetapi strategi pertumbuhan syarikat kekal "konsisten" yang merangkumi pengembangan rangkaian kedai yang disusun dengan teliti merentas semua jenama, memacu pertumbuhan jualan dari kedai yang sama, mengurus rantaian bekalan, meningkatkan kecekapan kos dan penggunaan disiplin data yang ketat.

Selaras dengan dasar kumpulan yang membayar dividen suku tahunan, MR D.I.Y. mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak RM0.007 sesaham biasa yang akan dibayar pada 24 Jun, 2022, berjumlah RM44.0 juta untuk S1TK22 mewakili nisbah pembayaran sebanyak 43.8 peratus.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan