BERITA COVID–19   Hospital Sungai Buloh sedia kontena khas simpan jenazah pesakit COVID-19 | Pengarah filem dikompaun RM10,000 jalankan penggambaran di tempat awam | JAIS kesan pelanggaran SOP PKP di beberapa masjid, surau | Larangan rentas daerah Sabah dilaksana semula 27 Mei - Masidi | COVID-19: Perkhidmatan kesihatan Sarawak lumpuh jika varian India menular | 
EKONOMI

Centexs Commercial jadi pengedar utama Greenleaf di Semenanjung Malaysia

23/04/2021 05:59 PM

KUCHING, 23 April -- Centexs Commercial Sdn Bhd (Centexs Commercial), syarikat milik kerajaan Sarawak melalui Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) telah menjadi pengedar utama Greenleaf Food and Beverages Sdn Bhd (Greenleaf) di Semenanjung Malaysia untuk mempromosikan produk negeri itu.

Pengurus Besar Centexs Commercial, Shahren Yusri berkata kerjasama strategik dengan Greenleaf, sebuah syarikat tempatan seiring dengan objektif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu untuk mempromosikan produk warisan dan digital Sarawak.

"Produk paling laris daripada Greenleaf sekarang ialah “Teh C Special” dan apabila kita bercakap mengenai Teh C Special, semua orang tahu bahawa itu adalah hasil produk orang Sarawak," katanya pada sidang media yang diadakan secara hibrid, di sini.

Greenleaf juga melancarkan minuman terbaharunya iaitu "Kopi Istimewa ”.

Dalam tempoh dua minggu sejak ia dilantik sebagai pengedar di Sarawak, Centexs Commercial melalui rangkaian ejen dan stokisnya berjaya menjual lebih daripada 30,000 unit Teh C Special, meningkatkan keyakinannya untuk menjadi pengedar utama di Semenanjung Malaysia, kata Shahren.

Oleh kerana produk tersebut belum lagi dipasarkan secara meluas di Semenanjung Malaysia, beliau berkata Centexs Commercial juga akan mengalu-alukan syarikat atau individu yang berminat di Semenanjung untuk menjadi stokis, ejen atau ejen dropship.

"Mereka boleh menghubungi Centexs Commercial menerusi talian hotline dan WhatsApp di 013-8137608 atau dengan menghantar mesej di halaman Facebook rasmi syarikat tersebut," katanya.

Centexs Commercial sejak penubuhannya dua tahun lepas telah mempromosikan sebanyak 180 jenis produk Sarawak yang terdiri daripada makanan, minuman, barangan kraftangan dan juga ce

Sementara itu, Pengarah Urusan Greenleaf, Lester Ong berkata Coffee Special dan Teh C Special adalah antara 18 produk syarikat itu sejak penubuhannya, produk berkenaan mengandungi bahan-bahan istimewa Sarawak khususnya Gula Apong (gula perang semula jadi yang diperoleh daripada pokok nipah).

-- BERNAMA

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan