BERITA COVID–19   Hospital Sungai Buloh sedia kontena khas simpan jenazah pesakit COVID-19 | Pengarah filem dikompaun RM10,000 jalankan penggambaran di tempat awam | JAIS kesan pelanggaran SOP PKP di beberapa masjid, surau | Larangan rentas daerah Sabah dilaksana semula 27 Mei - Masidi | COVID-19: Perkhidmatan kesihatan Sarawak lumpuh jika varian India menular | 
EKONOMI

Digi catat keuntungan yang lebih rendah sebanyak RM264.83 Juta

23/04/2021 03:51 PM

KUALA LUMPUR, 23 April -- Keuntungan bersih Digi.Com Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2021 susut 20.2 peratus kepada RM264.83 juta berbanding RM332.0 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama tahun lepas. 

Hasil merosot kepada RM1.55 bilion daripada RM1.56 bilion, menyederhana sebanyak 0.6 peratus berikutan kesan penutupan sempadan, perubahan pelanggan prabayar dan campuran hasil. 

DiGi dalam satu kenyataan hari ini berkata keuntungan yang lebih rendah itu sebahagian besarnya disebabkan oleh kerugian nilai saksama berhubung kontrak pertukaran kadar faedah sebanyak RM22 juta berbanding keuntungan nilai saksama berjumlah RM37 juta pada tempoh yang sama tahun sebelum ini berikutan unjuran kadar faedah yang rendah semasa awal pandemik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Albern Murty, syarikat itu menyaksikan pertumbuhan dari tahun ke tahun yang stabil daripada momentum komersial yang lebih baik melalui pemanfaatan pertumbuhan internet dan rangkaian yang lebih kukuh yang telah memberikan kelebihan kapasiti termasuk pengalaman rangkaian yang konsisten. 

"Melangkah ke hadapan, kami kekal komited dalam menyampaikan keutamaan perniagaan, di samping mengekalkan keseimbangan kecekapan operasi dengan pelaburan strategik dalam bidang pertumbuhan dan meneruskan sokongan kami dalam pemulihan masyarakat," katanya.

Secara keseluruhan, prestasi perniagaan DiGi mencerminkan permulaan yang positif pada tahun ini dengan asas pelanggan internet sebanyak 8.8 juta dan pelanggan menggunakan 19.7GB data bulanan, memacu jumlah trafik data sehingga 28 peratus dari tahun ke tahun.

Pendapatan daripada internet dan digitalnya meningkat kepada RM1.01 bilion atau 3.2 peratus dari tahun ke tahun susulan penggunaan data yang lebih tinggi merentasi segmen. 

Kedua-dua hasil prabayar dan pasca bayar mengekalkan momentum suku ke atas suku (-0.3 peratus suku ke atas suku) daripada momentum komersial yang positif manakala pengoptimuman perbelanjaan pelanggan telah menjejaskan pembangunan dari tahun ke tahun.

Hasil daripada peranti dan lain-lain menokok 23.1 peratus dari tahun ke tahun akibat pengambilan yang agak menggalakkan ke atas pelan PhoneFreedom 365 serta perbelanjaan operasi sebanyak RM404 juta adalah kurang daripada 1.7 peratus dari tahun ke tahun di belakang pengurusan kredit yang cekap di samping pelaburan rangkaian yang berterusan dan peningkatan aktiviti di lapangan.

Melihat kepada ketidaktentuan yang timbul akibat pandemik, Digi menjangkakan persekitaran operasi yang mencabar akan berterusan dan sedang menjalankan langkah panduan di tengah-tengah peningkatan kes COVID-19 serta sekatan pergerakan berterusan di negeri dan daerah tertentu.

Panduan ini termasuk penurunan satu digit untuk hasil perkhidmatan, penurunan satu digit sederhana bagi pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) serta nisbah perbelanjaan modal (capex) kepada hasil keseluruhan sebanyak 14 hingga 15.0 peratus. 

"Digi komited dalam mengekalkan perniagaan seperti biasa sehingga selesai cadangan penggabungan Celcom Digi Bhd, sambil kekal fokus dalam menyampaikan keutamaan 2021 untuk mencapai cita-cita strategik kami," tambahnya.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan