BERITA COVID–19   Hospital Sungai Buloh sedia kontena khas simpan jenazah pesakit COVID-19 | Pengarah filem dikompaun RM10,000 jalankan penggambaran di tempat awam | JAIS kesan pelanggaran SOP PKP di beberapa masjid, surau | Larangan rentas daerah Sabah dilaksana semula 27 Mei - Masidi | COVID-19: Perkhidmatan kesihatan Sarawak lumpuh jika varian India menular | 
EKONOMI

AirAsia bekerjasama dengan RinggitPlus tubuh pusat kewangan sehenti

23/04/2021 03:33 PM

KUALA LUMPUR, 23 April -- Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Group Bhd bekerjasama dengan RinggitPlus, platform kewangan utama di Malaysia, menubuhkan airasia money, pusat kewangan sehenti yang akan tersedia menerusi aplikasi super AirAsia, airasia.com.

Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Group Tan Sri Tony Fernandes berkata airasia money berfungsi sebagai aggregator, menawarkan pilihan padanan terbaik bagi menyesuaikan dengan keperluan dan matlamat pelanggan dan membantu mereka membiayai atau mencapainya. 

"Kami berharap dapat memainkan peranan utama dalam memacu inklusi kewangan di ASEAN dan menyokong berjuta-juta pelanggan di seluruh rantau ini,” katanya pada pada satu sidang media hibrid di sini, hari ini. 

Fernandes berkata airasia money adalah pasaran kewangan yang menawarkan perbandingan produk kewangan dan perkhidmatan yang berpatutan dan menyeluruh kepada pelanggan, memberikan mereka pilihan bagi penyelesaian, kesedaran dan pendidikan kewangan. 

Sementara itu, Ketua airasia money Mohamad Hafidz Mohd Fadzil berkata ia merancang melancarkannya di pasaran baharu hampir setiap suku pada tahun ini, termasuk di Indonesia pada suku ketiga, Filipina pada suku keempat serta Thailand kemudiannya.

"Singapura.. mungkin awal tahun depan. Ia adalah sebuah pasaran yang sangat matang dan dikawal selia dengant ketat. Kami akan mengusahakan dengan pasaran sedang pesat membangun terlebih dahulu,” katanya.

Mohamad Hafidz berkata platform itu ketika ini menawarkan kad kredit dan pinjaman peribadi secara kerjasama dengan RinggitPlus, namun perkhidmatan itu tidak lama lagi akan dikembangkan dengan menampilkan perbandingan produk dan penyelesaian kewangan lain seperti insurans, pelaburan, kesedaran kewangan dan pembayaran serta produk dan perkhidmatan kewangan Islam. 

-- BERNAMA

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan