BERITA COVID–19   Hospital Sungai Buloh sedia kontena khas simpan jenazah pesakit COVID-19 | Pengarah filem dikompaun RM10,000 jalankan penggambaran di tempat awam | JAIS kesan pelanggaran SOP PKP di beberapa masjid, surau | Larangan rentas daerah Sabah dilaksana semula 27 Mei - Masidi | COVID-19: Perkhidmatan kesihatan Sarawak lumpuh jika varian India menular | 
EKONOMI

MIDF Research kekal saranan "beli" ke atas Top Glove

23/04/2021 01:25 PM

KUALA LUMPUR, 23 April  -- MIDF Research mengekalkan saranan “beli” ke atas Top Glove Corporation Bhd dengan harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak RM8.29.

Dalam nota hari ini, katanya saranan itu disokong oleh penilaian menarik mengenai Top Glove pada nisbah harga kepada pendapatan pada 4.3x anggaran pendapatan tahun kewangan 2021 dan 12.8x unjuran pendapatan tahun kewangan 2022, sambil menambah ia menjangka hasil dividen syarikat untuk tahun kewangan 2021 dan tahun kewangan 2022, masing-masing sebanyak 15.3 peratus dan 3.9 peratus. 

Firma penyelidikan itu berkata ia tidak membuat perubahan kepada anggaran pendapatan Top Glove, sementara menunggu selesai penyenaraian dua pengeluar getah itu di Bursa Saham Hong Kong (HKEX) yang pada awalnya disasarkan pada Mei atau Jun.

Baru-baru ini, Top Glove mengumumkan ia telah menyemak semula tawaran awam permulaan HKEX kepada 793.5 juta saham baharu daripada pelan awalnya untuk menerbitkan 1.5 bilion saham baharu.

“Susulan terdapat perubahan, kami menjangka langkah itu akan lewat sedikit, kemungkinan kira-kira sebulan.

“Kami positif terhadap pelan yang disemak semula itu berikutan kami berpendapat kurang pencairan untuk pemegang saham sedia ada,” menurut MIDF Research.

-- BERNAMA

 

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan