BERITA COVID–19   COVID: 17 masjid, surau di Perak ditutup - JAIPk | COVID: Kes terus naik mendadak, Dr Noor Hisham rayu masyarakat amal kawalan pergerakan kendiri | PKPB: Lelaki ditahan anjur majlis pertunangan dihadiri 20 orang | Kes dijangka meningkat 450 sehari di Kedah jika PKPD tidak dilaksana | PKPD di satu mukim di Besut, dua kawasan di Sarawak bermula Khamis | 
EKONOMI

DNeX lantik Azlan Zainal Abidin sebagai CEO kumpulan IT & e-Perkhidmatan

22/04/2021 08:56 PM

KUALA LUMPUR, 22 April  -- Syarikat perkhidmatan teknologi maklumat (IT) dan fasiliti perdagangan, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) telah melantik Azlan Zainal Abidin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya untuk IT dan e-Perkhidmatan, berkuat kuasa 3 Mei 2021.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata Azlan akan bertanggungjawab ke atas keseluruhan operasi segmen perniagaan IT dan memainkan peranan penting dalam menyediakan kepimpinan serta menyelia pelaksanaan strategi kumpulan itu. 

Azlan mempunyai pengalaman bekerja lebih 24 tahun dalam pelbagai sektor termasuk IT dan telekomunikasi serta pernah memegang beberapa jawatan penting di syarikat yang terkemuka.

Beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan di Celcom Axiata Bhd, Rakan Kongsi Pengurusan Negara IBM Global Services, Pengarah Urusan Accenture Malaysia, Pengurus Besar Kumpulan IT di Malaysia Airport Holdings Bhd dan Naib Presiden, transformasi IT di Celcom Axiata Bhd.   

''Pelantikan beliau akan menjadi tambahan berharga kepada pasukan pengurusan kumpulan, membawa kepakaran dan pengalaman baharu bagi membantu memacu perniagaan IT pada tahun-tahun akan datang,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

-- BERNAMA


 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan