BERITA COVID–19   MOSTI diminta tangguh umum maklumat yang diperoleh daripada HIDE | PKP beri impak bekalan darah di Sabah | Situasi COVID-19 di Besut membimbangkan, penduduk dinasihat had pergerakan, patuh SOP | Varian baharu COVID-19 bawa gejala lebih teruk - KP Kesihatan | COVID-19: Ketua Pemuda PAS Selangor tidak kritikal - DPPNS | 
EKONOMI

Liberalisasi FEP selanjutnya oleh BNM langkah positif untuk memulihkan ekonomi

14/04/2021 09:10 PM

KUALA LUMPUR, 14 April -- Liberalisasi dasar pentadbiran pertukaran asing (FEP) selanjutnya oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah langkah positif dan tepat pada masanya kerana ia dapat menyokong memulihkan ekonomi Malaysia pasca-COVID-19.

Ini adalah berita baik bagi syarikat multinasional (MNC) di negara ini, memandangkan kelonggaran yang lebih banyak yang diberikan kepada industri berorientasikan eksport untuk memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lebih baik, aliran tunai dan pengurusan risiko pertukaran asing (forex) yang lebih baik.

Pengurus Kewangan Oleon (Asia-Pacific) Sdn Bhd, Henry Chin berkata langkah liberalisasi itu akan membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan di Malaysia, justeru ia akan menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini.

"Sudah pasti ia akan menguntungkan MNC dengan pendedahan risiko pertukaran asing yang lebih rendah melalui lindung nilai semulajadi di pasaran yang kompetitif.

"Sebagai tambahan, operasi pernaiagaan akan mempunyai lebih banyak masa untuk merumuskan dan fokus kepada strategi pengurusan risiko yang lain," katanya kepada Bernama.

Chin berkata bahawa risiko perniagaan akan berlaku selalu tetapi tetapi faktor kejayaan utama adalah daya tahan sebuah syarikat dan bagaimana ia bertindak balas kepada perubahan dan strategi pengurusan risikonya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Panasonic Financial Center (M) Sdn Bhd, Doris Tay berkata keputusan untuk meliberalisasikan FEA akan meningkatkan daya saing Malaysia untuk menarik aliran masuk FDI ke negara ini.

"Dengan mengimbangi dan penyelesaian liberalisasi mata wang asing, lindung nilai semula jadi dapat dilakukan dengan lebih cekap," katanya.

Pada akhir bulan Mac, BNM telah mengumumkan liberalisasi FEP selanjutnya sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global dan memupuk persekitaran yang kondusif dalam menarik masuk FDI ke negara ini.

Liberalisasi memberikan fleksibiliti yang lebih besar kepada perniagaan, antaranya ialah pemansuhan peraturan penukaran eksport dan pengeksport pemastautin dapat menyelesaikan perdagangan domestik dalam mata wang asing dengan penduduk lain yang terlibat dalam rantaian bekalan global.

“Pengeksport boleh melanjutkan tempoh penerimaan perolehan eksport melebihi enam bulan bagi sebab-sebab tertentu serta melakukan boleh melaksanakan lindung nilai derivatif komoditi secara langsung dengan rakan niaga bukan pemastautin

-- BERNAMA


 

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan