BERITA COVID–19   PKPD di Kampung Serumah, Padawan mulai esok - JPBN | 205 individu ditahan semalam ingkar SOP PKP - Ismail Sabri | COVID: 1,680 kes baharu, tujuh kematian direkodkan hari ini | MAIS salur wang fidyah RM545,500, bantu 5,455 keluarga terkesan COVID-19 | Aktiviti sukan, rekreasi individu dan berpasukan dibenarkan di kawasan PKPB, PKPP | 
EKONOMI

IOI Corp catat keuntungan bersih lebih tinggi pada suku kedua 2021

23/02/2021 07:36 PM

KUALA LUMPUR, 23 Feb -- Keuntungan bersih IOI Corp Bhd (IOI Corp) meningkat kepada RM355.70 juta pada suku kedua yang berakhir pada 31 Disember 2020 daripada RM213.50 juta bagi suku kedua 2020, terutamanya disebabkan oleh sumbangan daripada segmen perladangannya.

Bagaimanapun, IOI Corp dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perolehan yang lebih tinggi sebahagiannya diimbangi oleh sumbangan operasi yang lebih rendah daripada segmen pembuatan berasaskan sumbernya.

Sementara itu, perolehannya untuk suku itu melonjak kepada RM2.45 bilion daripada RM1.96 bilion pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Bagi suku kedua 2021, segmen perladangannya mencatatkan keuntungan RM340.3 juta, 94 peratus lebih tinggi daripada keuntungan suku kedua 2020 sebanyak RM175.3 juta, terutamanya disebabkan oleh harga minyak sawit mentah (MSM) dan isirong sawit yang lebih tinggi yang direalisasikan sebagai serta bahagian hasil rakan sekutu lebih tinggi.

"Namun, sebahagian daripadanya diimbangi oleh pengeluaran buah tandan sawit segar (FFB) yang lebih rendah (TBS)," kata IOI Corp.

Pada suku kedua 2021, harga purata MSM meningkat kepada RM2,992 satu tan metrik daripada RM2,246 satu tan metrik pada suku kedua 2020, dan harga isirong sawit meningkat kepada RM1,982 satu tan metrik daripada RM1,393 satu tan metrik sebelumnya.

Sementara itu, IOI Crop berkata keuntungan segmen pembuatan berasaskan sumber sebanyak RM21.2 juta untuk suku tersebut adalah 29 peratus lebih rendah daripada keuntungan yang dicatatkan pada suku kedua 2020, terutamanya disebabkan oleh sumbangan yang lebih rendah daripada sub-segmen oleokimia.

“Bagaimanapun, ia diatasi dengan sumbangan yang lebih tinggi dari sub-segmen penapisan," kata kumpulan itu.

Melangkah ke hadapan, kumpulan mengunjurkan prestasi kewangan keseluruhannya untuk tahun kewangan 2021 yang berakhir pada 30 Jun 2021 adalah baik dengan prestasi yang kukuh daripada segmen perladangannya tetapi menjangkakan ia akan diimbangi sebahagiannya oleh prestasi yang lebih lemah daripada segmen pembuatan berasaskan sumbernya .

Ia berkata dolar US dijangka kekal relatif lemah dalam jangka pendek hingga sederhana yang akan akan menyebabkan turun naik dalam keuntungan berkurangan dalam keuntungan atau kerugian tidak nyata pertukaran asing ke atas pinjaman denominasi dolar US.

-- BERNAMA

 

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan