BERITA COVID–19   Malaysia, UK teroka peluang kerjasama mengenai COVID-19 | Tindakan segera pengetua, warden berjaya elak penularan COVID-19 di asrama sekolah | MBAM: Tambah baik Akta COVID-19 bagi kebaikan sektor pembinaan | PKPB di seluruh Sarawak dilanjutkan hingga 15 Mac | COVID: 2,253 kes baharu dicatat dengan 11 kematian hari ini | 
EKONOMI

MEPN gesa industri manfaatkan sepenuhnya IndSF bagi subsektor mesin dan peralatan

17/02/2021 07:54 PM

KUALA LUMPUR, 17 Feb -- Machinery and Equipment Productivity Nexus  (MEPN) menggesa industri berkaitan untuk memanfaatkan sepenuhnya Rangka Kerja Kemahiran Perindustrian (IndSF) bagi subsektor Mesin dan Peralatan (M&E).

MEPN yang ditubuhkan dengan sokongan penuh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah satu penyelesaian terdiri daripada empat inisiatif sektor Mesin dan Peralatan yang dikenal pasti oleh Pelan Tindakan Produktiviti Malaysia (MPB) untuk meningkatkan produktiviti pelbagai saiz syarikat. 

IndSF adalah kerjasama antara MEPN, Dana Pembangunan Sumber Manusia dan Persekutuan Industri Mesin dan Kejuruteraan. 

MPC dalam satu kenyataan bersama hari in berkata inisiatif tersebut adalah sejajar dengan program meningkatkan kemahiran dan menyediakan kemahiran semula kerajaan bagi merancakkan semula perniagaan dan memperkasakan pekerja serta seiring dengan teras strategik dalam MPB. 

Ketua Pengarah MPC Datuk Abdul Latif Haji Abu Seman berkata IndSF akan menjadi pelan hala tuju penting bagi pembangunan sistematik keseluruhan rantaian nilai industri Mesin dan Peralatan kerana ia membolehkan pemain mengenal pasti jurang dalam industri dan membangunkan program latihan berkaitan untuk merapat jurang tersebut. 

“Bagi pekerja, ini akan menjadi rangka tindakan bagi pembangunan kerjaya mereka, yang memboleh mereka bersiap sedia untuk mencapai potensi penuh dalam sektor tersebut,” katanya. 

Peneraju MEPN, Mac Ngan Boon, yang juga merupakan presiden Persekutuan Industri Mesin dan Kejuruteraan berkata MEPN memegang mandat untuk menghubungkan industri Mesin dan Peralatan kepada pihak berkuasa dan pemegang kepentingan relevan dalam menangani halangan perniagaan serta isu-isu dan cabarannya. 

“Selaras dengan Industri 4.0 dan bagi tujuan pembangunan masa depan industri Mesin dan Peralatan, kami percaya tenaga kerja adalah kunci kepada kejayaan,” katanya. 

IndSF yang dibentuk bagi menyediakan maklumat kepada pelbagai khalayak termasuk pelatih, penyedia latihan dan majikan, merangkumi 32 bidang pekerjaan dengan sejumlah 138 jawatan pekerjaan dalam industri Mesin dan Peralatan. 

-- BERNAMA 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan