Isnin, 18 Januari 2021
EKONOMI
13/01/2021 08:15 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jan -- MeCan Trade, platform dagangan sosial yang diasaskan oleh pemilik rangkaian restoran Nam Heong Andy Goh, menyasarkan untuk memiliki 5,000 duta serta lebih 20,000 produk menjelang penghujung 2022.

Seorang duta MeCan mampu menjana pendapatan pasif dan menjadi usahawan dengan mewujudkan e-kedai sendiri dengan mendapatkan produk terus daripada pemilik produk, tanpa perlu risau mengenai modal permulaan atau penyimpanan stok.

Dalam satu kenyataan hari ini, MeCan berkata platform e-penyelesaian tersebut, yang telah beroperasi kira-kira setahun, ketika ini menyokong lebih 200 pemilik dan pengeluar jenama dengan lebih 2,000 produk tersedia dengan lebih 1,000 duta.  

Ia menyatakan 81 peratus daripada populasi di Malaysia adalah pengguna aktif media sosial dan ramai yang mencari peluang untuk menambah pendapatan mereka dengan menceburi perniagaan e-dagang.

Goh berkata MeCan Trade menawarkan peluang dalam tiga kategori utama, iaitu penjual (pengeluar atau pemilik jenama), pembeli dan duta.

“Kos sebanyak RM30 juta untuk mendirikan infrastruktur digital, MeCan Trade bermaksud ‘#EveryoneCanTrade’. Kami sudah memiliki segala sumber sedia ada, kami hanya perlu bekerjasama dan melaksanakannya,” katanya.

Sementara itu, MeCan Trade baru-baru ini melancarkan Program #MeCanBoss selama dua tahun dengan jumlah pelaburan bernilai sehingga RM15.75 juta untuk memupuk usahawan dagangan sosial.

“Kami menyediakan peluang kepada usahawan tempatan yang mempunyai keazaman untuk memperoleh pendapatan pasif melalui perniagaan secara dalam talian dengan produk yang asli, mendapat permintaan daripada pengeluar atau pengedar bertauliah. Pemilik perniagaan atau individu yang berminat untuk datang dan menyenaraikan produk mereka atau menyertai kempen ini boleh mendaftar di platform rasmi MeCan Trade kami,” kata Goh.  

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan