Ahad, 17 Januari 2021
EKONOMI
11/01/2021 09:51 PM

KUALA LUMPUR, 11 Jan -- Pencapaian penyelidikan yang menjana teknologi dan inovasi oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah memberi manfaat kepada kemajuan industri sawit dan bidang saintifik negara.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata ia merupakan strategi penting bagi pembangunan mampan industri sawit negara. 

"Sehingga kini, MPOB telah menghasilkan 704 teknologi dan inovasi termasuk formulasi produk dan perkhidmatan dalam sektor sawit yang ditawarkan untuk pengkomersialan kepada pihak industri dan usahawan tempatan," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan MPOB 2020, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah MPOB Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir dalam teks ucapannya berkata  MPOB telah menerima beberapa pengiktirafan dalam bidang saintifik dan inovasi penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang tahun lepas.

Antaranya memenangi anugerah Anugerah Inovasi Asia Selatan dan Asia Tenggara di bawah kategori Penyelidikan Organisasi Kerajaan oleh Clarivate dan diiktiraf sebagai Innovator Utama di Malaysia yang diumumkan sempena Forum Inovasi Clarivate Asia Selatan dan Asia Tenggara 2020.  

“MPOB turut menerima empat Anugerah Produk Inovasi Malaysia (MIPA) dan Anugerah Inovasi Terbaik MIPA di samping berjaya merangkul tiga pingat emas dan satu perak di Pameran Penciptaan, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2020) serta dua pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa di Ekspo Teknologi Malaysia 2020 (MTE 2020),” katanya.

Penyelidik MPOB juga, katanya, telah diiktiraf sebagai Pemenang Anugerah Utama Tahun Pengkomersialan Malaysia 2020 bagi kategori Anugerah Usahawan Penyelidik.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan