Isnin, 18 Januari 2021
08/01/2021 12:39 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jan-- Nilai perolehan kontrak Sapura Energy Bhd dijangka terus meningkat berikutan ia dijangka mendapat kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pemasangan dan pengoperasian (EPCIC) untuk platform pemprosesan pusat (CPP) bagi pembangunan lapangan Jerun SapuraOMV Upstream Sdn Bhd, di luar pesisir Sarawak. 

AmInvest dalam kemas kini syarikatnya hari ini berkata hanya dua pembida mengambil bahagian dalam bidaan bagi Jerun CPP, iaitu Sapura dan Malaysia Marine & Heavy Engineering Holdings Bhd (MMHE). 

“Walaupun laporan menunjukkan keputusan dijangka dibuat berdasarkan bidaan Sapura berbanding hubungannya dengan pengendali, bidaan komersial MMHE lebih rendah, tetapi ia berharap mendapat kontrak tersebut, yang dijangka akan diberikan secara rasmi pada akhir bulan ini.

“Kami menjangka dengan mendapat projek ini sahaja dapat meningkatkan nilai perolehan kontrak terkumpul Sapura yang berjumlah RM12.5 bilion sebanyak 32 peratus, meningkat semula daripada trend penurunan sejak dua suku tahun lepas,” katanya. 

Menurut AmInvest, nilai kontrak untuk CPP dengan 22,000 tan, bersama 5,300 tan cerucuk dan platform pemampatan 8,500 tan, dengan mudah bernilai lebih US$1 bilion. 

Rakan kongsi dalam kontrak perkongsian pengeluaran Blok SK 408 ialah pengendali SapuraOMV (40 peratus), Petronas Carigali (30 peratus) dan Shell (30 peratus).  

OMV, syarikat gergasi tenaga dari Austria dengan 50 peratus pegangan saham dalam Sapura OMV, sebelum ini menunjukkan lapangan Jerun akan mula beroperasi pada 2024.

Lapangan Jerun, bersama dengan penemuan satelit Jeremin, Teja dan Legundi, membentuk fasa dua pembangunan Blok SK 408.

Sehingga 11 pagi, saham Sapura Energy sebanyak 12 sen dengan 6.8 juta saham diniagakan. 

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan