Rabu, 25 November 2020
EKONOMI
18/11/2020 08:44 PM

MELAKA, 18 Nov -- Projek Melaka Gateway yang menyebabkan kerajaan negeri Melaka menamatkan perjanjian penambakan laut dengan pemaju projeknya KAJ Development Sdn Bhd baru-baru ini, memerlukan perancangan infrastruktur yang lebih baik.

Pengarah Penyelidikan IDEAS, Laurence Todd berkata Melaka Gateway adalah pembangunan bercampur yang besar untuk membina pulau buatan bagi tujuan komersial dan pelancongan termasuk pelabuhan laut dalam yang baharu.

"Pembangunan ini dianggap sebagai sebahagian daripada Inisiatif 'Belt and Road' (BRI) dengan sebuah konsortium perusahaan milik kerajaan China, diketuai PowerChina International dan syarikat tempatan, KAJ Development.

"Seperti kebanyakan projek infrastruktur yang besar lain, pembangunan tersebut telah menghadapi pelbagai cabaran. Projek ini telah menerima kritikan daripada masyarakat setempat yang merungut mengenai kesannya terhadap kehidupan harian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Laurence berkata kebolehlaksanaan ekonomi projek itu juga telah dipersoalkan, terutama permintaan untuk kapasiti tambahan pelabuhan, ketika pelabuhan Malaysia ketika ini termasuk Pelabuhan Klang yang berdekatan terus beroperasi di bawah kapasiti kerana sokongan kerajaan terhadap projek itu juga adalah bercampur.

"Kerajaan negeri Melaka pada awalnya memberikan status tanah pegangan bebas kepada pemaju di pulau itu tetapi kemudian beralih kepada pengaturan pegangan pajak. Sekarang berikutan kegagalan untuk meneruskan projek ini, kerajaan negeri telah menghentikan perjanjian penambakan tanah itu," katanya .

Beliau berkata Melaka Gateway pada mulanya merupakan inisiatif yang dipacu oleh pihak swasta tetapi kerajaan Malaysia harus mengambil peluang ini untuk memastikan perancangan infrastruktur diperkukuhkan untuk projek yang diketuai awam dan swasta.

Pada Isnin lepas, kerajaan Melaka telah mengumumkan bahawa ia telah menamatkan perjanjian penambakan laut dengan pemaju projek Melaka Gateway KAJ Development.

Pejabat Ketua Menteri berkata perjanjian bertarikh 4 Oktober 2017, telah berakhir pada 3 Oktober lepas dan notis penamatan perjanjian itu dihantar kepada syarikat hari ini selepas ia gagal menyelesaikan projek seluas 246,45 hektar itu.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan