Selasa, 27 Oktober 2020
EKONOMI
17/10/2020 03:08 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt -- Kerajaan digesa agar mempertimbangkan lanjutan tempoh moratorium pinjaman sekurang-kurangnya tiga bulan lagi secara menyeluruh kepada kumpulan B40 dan M40 serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan bukan hanya melibatkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) J. Salomon berkata, ribuan pekerja yang berpendapatan rendah masih tidak mampu untuk membayar balik pinjaman mereka, kerana pendapatan isi rumah berkurangan atas pelbagai alasan.

"Namun, sayangnya pekerja-pekerja ini tidak memenuhi syarat moratorium bersasar dan mungkin tidak mampu membayar pinjaman mereka melainkan kerajaan membantu dan mendengar rayuan mereka ini," 

"Maklum balas daripada kalangan ahli NUBE sendiri mendapati walaupun mereka mempunyai pekerjaan, namun masih ramai yang bersusah-payah untuk membayar pinjaman mulai bulan ini seperti yang dikehendaki oleh bank. Mereka ini terdiri daripada pekerja yang berkeluarga, namun sama ada telah diberhentikan atau gaji dipotong," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, beberapa ahli persatuan itu juga telah hilang pekerjaan sambilan atau hujung minggu kerana situsai ekonomi yang tidak baik malah ada yang terpaksa menjual kereta dan menggadaikan rumah mereka untuk membayar pinjaman bank.

"Tanpa moratorium menyeluruh ini dan tiada tanda-tanda, pandemik COVID-19 dapat dibendung segera, ahli kami akan berusaha untuk hidup dan menjaga keluarga masing-masing.

"Keadaan menjadi lebih buruk dengan pelaksanaan PKPB di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah, serta sekatan perjalanan di beberapa kawasan.

"Kesukaran anggota kami yang berada pada tahap gaji rendah menggambarkan keadaan buruk pasaran buruh secara keseruhannya," katanya.

Solomon berpendapat bahawa lanjutan moratorium selama tiga bulan tidak akan membebankan pihak bank kerana ini hanya akan mengakibatkan penundaan pembayaran pinjaman sekitar RM6 bilion dan ini adalah sebahagian kecil daripada keuntungan bank selepas cukai RM32 bilion yang dijangka dituai dari 2019.

"RM6 bilion itu bukan kerugian yang ditanggung oleh bank, tetapi hanya kelewatan untuk mengumpulkan bayaran dari pelanggan dan setelah ekonomi berada pada tahap yang lebih baik, moratorium tidak lagi diperlukan," tambahnya.

Oleh itu, katanya, NUBE juga secara rasmi memohon Persatuan Bank Komersial Malaysia untuk mempertimbangkan pemberian moratorium pembayaran pinjaman untuk anggota NUBE sehingga hujung tahun.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan