Jumaat, 23 Oktober 2020
EKONOMI
17/10/2020 12:36 AM

KUCHING, 16 Okt  -- Taikun hartanah terkenal dari Sarawak, Tan Sri Ting Pek Khiing,  75, menghembuskan nafas terakhir petang tadi di kediamannya di Jalan Setia Raja di sini.

Berita kematian itu disahkan anggota keluarga mendiang yang enggan namanya disiarkan.

Namun, maklumat lanjut belum diperoleh berikutan keluarga mendiang tidak bersedia mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Berdasarkan tinjauan Bernama, beberapa van yang membawa bunga dan peralatan lain dilihat memasuki rumah mendiang.

Ting terkenal apabila dapat membina sebuah hotel di pulau Langkawi dalam tempoh 100 hari sebagai persediaan untuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 1991.

Mendiang yang sangat dikenali dalam pembangunan hartanah dan infrastruktur turut melakar nama menerusi penglibatannya dalam pembinaan beberapa buah lapangan terbang di negara ini.

Ting juga terlibat dalam peringkat awal pembinaan projek Hidroeletrik Bakun, yang merupakan antara projek terbesar dunia seumpama itu pada tahun 1990-an.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan