Jumaat, 23 Oktober 2020
EKONOMI
14/10/2020 06:49 PM

KUALA LUMPUR, 14 Okt -- VS Industry Bhd (VSIB) telah memeterai perjanjian jual beli dan pembinaan dengan Ipark Development Sdn Bhd untuk membeli enam kawasan tanah dengan bangunan perindustrian bernilai RM98.77 juta di Johor Bahru, Johor.

VSIB berkata Ipark merupakan anak syarikat 80 peratus milik AME Integrated Sdn Bhd, yang sebaliknya  dimiliki 99.9 peratus oleh AME Elite Consortium Bhd, pemaju taman perindustrian bersepadu di Malaysia, yang berpengkhususan dalam menyediakan taman perindustrian perkhidmatan sepenuhnya di Johor.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata pembelian tanah berukuran kira-kira 343,911.96 kaki persegi itu akan meningkatkan keupayaan pengeluarannya untuk tujuan pengembangan masa depan, termasuk merebut peluang yang timbul daripada ketegangan perdagangan Ameria Syarikat-China.

“Ini akan membolehkan kumpulan untuk terus mengembangkan perniagaannya kerana keupayaan   pembuatan pada masa kini telah digunakan sepenuhnya.

“Menerusi pembelian itu, VSIB juga akan memindahkan ibu pejabatnya dan ini akan mengosongkan ruang di kilang sedia ada untuk memenuhi pesanan yang meningkat daripada pelanggan sedia ada," katanya.

Ia berkata hartanah baharu yang terletak di lokasi strategik berdekatan dengan kilang sedia ada itu, akan membolehkan kumpulan memperluas keupayaannya dan pada masa sama mengekalkan kawalan pengurusan yang ketat terhadap operasi sedia ada, sekali gus meningkatkan keseluruhan sinergi dan kecekapan operasi.

VSIB berkata, sekiranya tiada sebarang halangan, pembelian itu dijangka selesai menjelang 30 Jun, 2021.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan