Selasa, 29 September 2020
EKONOMI
17/09/2020 03:37 PM

KUALA LUMPUR, 17 Sept -- VentureTECH menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta pelaburan di bawah penubuhan syarikat pelaburan usaha sama melalui perkongsiannya dengan SBI Ventures Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat SBI Holdings Inc. Japan yang berpangkalan di Jepun.

Dalam satu kenyataan hari ini, VentureTECH berkata syarikat telah bersedia untuk merealisasikan strategi pelaburan serantaunya, memperhebatkan lagi peranan pengembangan syarikat dalam menyokong pertumbuhan industri tempatan terutamanya perniagaan Bumiputera dalam industri nilai tambah yang tinggi dan digerakkan oleh teknologi di peringkat serantau.

“Langkah ini tepat pada waktunya selaras dengan mandat VentureTECH serta aspirasi kerajaan yang digariskan dalam Majlis Kemakmuran Bumiputera yang diumumkan baru-baru ini untuk memacu dan mempercepat usaha memperkasakan ekonomi dan pembangunan sosioekonomi Bumiputera.

“Ia dilakukan dengan mewujudkan sinergi bersama-sama rakan serantau dan pada masa sama, menangani beberapa cabaran syarikat ini untuk ditingkatkan di peringkat serantau.”

“Pelaburan yang disasarkan oleh jentera pelaburan bersama ini termasuklah syarikat Malaysia dan ASEAN yang beroperasi dalam Bioteknologi, Teknologi hijau, Teknologi Kewangan dan Teknologi Pesat Membangun dalam bidang-bidang Kecerdasan Buatan (AI), Robotik & Automasi dan “Internet of Things” (IoT),” katanya.

Pengarah Urusan Dr Norida Abd Rahman berkata syarikat sentiasa berhasrat untuk menyediakan peluang baharu kepada syarikat-syarikat penerima pelaburannya melaui inisiatif penciptaan nilai dan kolaborasi serantau, terutamanya dalam lingkungan pasaran ASEAN.

“Disokong oleh rekod prestasi, kami selalu mengambil pendekatan nekad bagi membantu syarikat-syarikat tempatan terutamanya Bumiputera yang berjanji untuk tidak hanya menyediakan pulangan kewangan.

“Tetapi paling penting, menyumbang dalam jangka pendek kepada peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta menjana impak sosio-ekonomi kepada negara dalam tempoh sederhana hingga panjang,” kata beliau.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan