Selasa, 29 September 2020
EKONOMI
16/09/2020 07:31 PM

KUALA LUMPUR, 16 Sept  -- CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd akan membuka semua cawangan dan pusat pembiayaan auto di seluruh negara pada dua hujung minggu terakhir pada bulan September, 2020 bagi menyediakan bantuan kewangan kepada pelanggan berikutan moratorium pinjaman enam bulan akan berakhir pada 30 September, 2020.

Semua cawangan CIMB akan beroperasi mulai jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad di kedua-dua hujung minggu tersebut manakala pusat pembiayaan auto CIMB juga akan dibuka dari 9 pagi hingga 1.30 petang pada hari Sabtu dan Ahad bagi kedua-dua hujung minggu itu bermula dari 19 September, 2020.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata pembukaan pada hujung minggu iaitu pada 19, 20, 26 dan 27 September, 2020 akan membolehkan peminjam mengadakan perbincangan untuk lebih memahami mengenai bantuan tersebut,

Ia termasuk pelanggan yang layak untuk mendaftar ke dalam Program Bantuan Bersasar CIMB (TAP) dan juga peminjam yang tidak terjejas oleh pandemik COVID-19 tetapi masih memerlukan bantuan pembayaran.

CIMB akan mengirim surat dan e-mel kepada semua peminjam yang belum menghubungi CIMB sebagai peringatan kepada mereka mengenai bayaran ansuran yang akan bermula pada Oktober depan.

Pelanggan individu yang memerlukan bantuan kewangan untuk kemudahan pinjaman/pembiayaan mereka diminta untuk mengunjungi mana-mana cawangan CIMB atau pusat pembiayaan auto dalam tempoh ini untuk mengajukan pertanyaan mengenai pilihan bantuan, termasuk penyusunan semula dan penjadualan semula (R&R), kata kumpulan itu.

Sementara itu, pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula boleh melayari https://www.cimb.com.my/frap untuk mendapatkan pilihan bantuan lain yang sedia ada.

Sejak awal bulan Ogos, CIMB secara proaktif telah menghubungi 330,000 individu dan 10,000 PKS yang berkemungkinan paling terjejas akibat penularan COVID-19.

“CIMB sudah berunding dan turut menasihati mereka untuk menghantar permohonan kepada pihak bank.Sejak itu, CIMB telah meluluskan TAP CIMB dan lain-lain bantuan kewangan sebanyak hampir RM5 bilion kepada lebih 25,000 orang pelanggan,” katanya.

Bagi pelanggan PKS, CIMB telah meluluskan lebih RM2.5 bilion untuk Program Bantuan Bersasar CIMB, hampir RM700 juta di bawah Tabung Bantuan Khas Bank Negara Malaysia (SRF / SRF-i) dan RM300 juta untuk kemudahan bantuan tambahan (CIMB BRF / BRF -i) oleh CIMB sendiri.

 CIMB juga komited sepenuhnya dalam menyokong skim pembiayaan PENJANA bernilai RM1 bilion yang baru dilancarkan oleh kerajaan untuk PKS.

Pelanggan dinasihati untuk menghubungi Pusat Panggilan CIMB di talian +603-6204 7788 atau e-mel covidcare@cimb.com untuk berbincang secara lanjut berkenaan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh CIMB.

Pelanggan PKS pula boleh menghubungi Pusat Panggilan Perniagaan CIMB di talian 1300 888 828 (Tempatan) dan +603 2297 3000 (Luar Negara) dari Isnin hingga Jumaat dari 7.00 pagi hingga 7.00 malam dan Sabtu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang (kecuali cuti umum).

PKS dan pelanggan korporat juga boleh menghubungi Pengurus Perhubungan CIMB mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan pembiayaan yang sedia ada.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.cimb.com.my/covid19support.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan