Sabtu, 26 September 2020
EKONOMI
15/09/2020 11:50 PM

KUALA LUMPUR, 11 Sept -- Asia Pacific Investment Bank (APIB) akan melancarkan Dana Kewangan Digital Islam di Malaysia bagi melabur dalam syarikat pemula niaga teknologi kewangan (fintech) yang patuh Syariah.

Menurut kenyataan APIB hari ini, dana tersebut akan dilancarkan dengan kerjasama OUD Asset Management, sebuah syarikat pengurusan dana khidmat khusus yang berpengalaman melebihi 40 tahun dalam pelaburan ekuiti berlandaskan Syariah.

Malah, APIB telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan OUD Asset Management bagi tujuan penubuhan dana tersebut.

"Dana Kewangan Digital Islam ini akan membolehkan para pelabur memasuki pasaran perkhidmatan kewangan yang lebih luas," kata syarikat itu.

Sementara itu, Pengarah APIB Datuk Foo Yong Hooi berkata bank itu bertindak sebagai penyokong ekonomi digital yang komited terhadap teknologi kewangan.

APIB juga kini bekerjasama dengan Ripple bagi meninjau cara-cara yang lebih berkesan serta cekap bagi memudahkan urus niaga rentas sempadan.

Beliau turut menyifatkan impak pelaburan dalam kewangan digital mampu melangkaui industri kewangan dan seterusnya turut memacu industri lain.

“Kebanyakan kerajaan negara lain juga telah memberi bantuan kewangan untuk membantu rakyat dan perniagaan dalam usaha membendung pandemik COVID-19.

"Perkhidmatan kewangan digital juga membolehkan mereka mengesan penggunaan dana serta mengambil pendekatan yang lebih bersasar bagi menggiatkan semula ekonomi masing-masing," katanya.

Menurut Foo, pelaburan dalam syarikat pemula niaga fintech itu mungkin dianggap terlalu berisiko dan tidak meyakinkan berikutan ada sesetengah syarikat berkenaan mempunyai cita-cita besar tanpa asas yang kukuh.

"Maka, di sinilah kerjasama antara APIB dan OUD yang dapat memainkan peranan yang penting," katanya.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan