Isnin, 10 Ogos 2020
EKONOMI
01/08/2020 05:06 PM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos -- Bagi merevolusikan industri hartanah dengan menggunakan teknologi, IOI Properties baru-baru ini menjalankan program hackathon bagi pengaturcara muda untuk menguji idea dan inovasi mereka.

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran IOI Properties, Jason Tie berkata usaha pendigitalan tidak dapat tidak telah mengubah model perniagaan. 

"Malahan industri hartanah tradisional terpaksa melakukan perubahan. Oleh itu kita perlu bergerak ke hadapan dan mengubah industri dengan inovasi digital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hackathon itu yang bertujuan mencari penyelesaian digital terbaik bagi industri hartanah, dimenangi oleh pasukan Green Phoenix, mengalahkan 63 pasukan lain.

Pasukan itu terdiri daripada tiga individu, yang merupakan bekas penuntut Universiti Malaysia iaitu Madin Maseeh, 26, dan abangnya, Maish, bersama dengan Yoosuf Zimaam, 23.

Pasukan juara bersama dengan dua pasukan naib juara akan dibantu dengan pembiayaan, mentor nasihat perniagaan dan platform ujian bagi inkubator atau program pemecut. 

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan