Selasa, 11 Ogos 2020
EKONOMI
01/08/2020 08:50 AM

Oleh Linda Khoo Hui Li

BANGKOK, 1 Ogos  (Bernama) -- Ekonomi Thailand bertambah baik daripada bulan sebelumnya berikutan kelonggaran secara berperingkat langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan di Thailand dan juga di luar negara, yang menyokong penyambungan semula aktiviti ekonomi. 

Bank of Thailand (BoT) berkata nilai eksport barangan tidak termasuk emas, penggunaan swasta dan petunjuk pelaburan swasta dan pengeluaran pembuatan menguncup pada kadar yang rendah. 

“Perbelanjaan awam meningkat dalam perbelanjaan semasa dan juga modal. Bagaimanapun, sektor pelancongan terus menyusut dengan ketara disebabkan sekatan perjalanan antarabangsa,” kata bank pusat itu dalam satu kenyataan. 

BoT berkata nilai eksport barangan turun 24.6 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas, naik sedikit berbanding bulan sebelumnya.  

Kecuali emas, ia berkata, kadar penguncupan berkurangan dengan ketara kepada 18.4 peratus daripada 29.0 peratus bulan lepas. 

“Ini berikutan peningkatan eksport dalam hampir semua kategori seiring dengan aktiviti ekonomi yang bertambah baik di negara-negara rakan dagangan selepas langkah-langkah sekatan dilonggarkan,” kata bank pusat.

-- BERNAMA 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan