Isnin, 10 Ogos 2020
EKONOMI
27/07/2020 05:40 PM

KUALA LUMPUR, 27 Julai  -- Penggiat perkhidmatan hartanah, AME Elite Consortium Bhd (AME) berhasrat melabur RM25 juta dalam perbelanjaan modal bagi membina dua blok baharu asrama pekerja i-Stay@Indahpura untuk memenuhi keperluan pelanggan di kawasan perindustrian i-Park@Indahpura.

AME menerusi kenyataan hari ini berkata dua blok asrama tambahan itu akan menempatkan hampir 2,700 orang keseluruhannya, meningkatkan kapasiti penginapan di i-Stay@Indahpura sebanyak 54 peratus kepada kira-kira 5,900 orang termasuk asrama sedia ada.

Pengarah Eksekutif AME, Simon Lee berkata asrama sedia ada di i-Stay@Indahpura telah 99 peratus dihuni pada masa ini manakala blok asrama baharu akan meningkatkan kapasiti tersebut untuk menarik lebih banyak syarikat multinasional dan perusahaan tempatan mewujudkan pangkalan mereka di kawasan perindustrian i-Park@Indahpura.

“Selain itu, Johor secara konsisten menjadi destinasi pelaburan asing dan domestik utama Malaysia, khususnya bagi sektor pembuatan,” katanya.

Beliau berkata AME berusaha memperkukuh kedudukan berkenaan dengan menambah kapasiti dan ciri-ciri di kawasan perindustrian, i-Park, seterusnya negeri dapat meningkatkan daya tarikan untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi dari seluruh dunia.

Menurut syarikat itu, apabila siap pada 2021, kapasiti keseluruhan asrama AME di i -Stay@Indahpura dan i-Stay@Senai Airport City akan meningkat kepada lebih 8,400 orang.

AME juga sedang membina dan mengendalikan dua kawasan perindustrian bersepadu di Johor iaitu i-Park@Indahpura (fasa tiga) dan i-Park@Senai Airport City (fasa satu, dua dan tiga).

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan