Rabu, 08 Julai 2020
01/07/2020 01:28 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan CIMB Group Holdings Bhd mempercepatkan usaha untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membina daya tahan eksport dan mencapai pertumbuhan baharu.

Kerjasama tersebut di bawah Program Pengeksport PKS Mampan yang dilancarkan pada Oktober 2019, dengan matlamat membina kapasiti yang mampan untuk pengeksport Malaysia.

Melalui kerjasama dengan perunding mampan IMPACTO, MATRADE-CIMB berjaya menyelesaikan orientasi perintis untuk kumpulan perintis sebanyak 40 PKS daripada sektor makanan dan minuman (F&B) pada Jun.

Mengambil peluang daripada potensi platform digital, sesi tersebut dijalankan secara maya, memberi tumpuan kepada membentuk perniagaan yang mampan dengan menguruskan risiko yang tidak pernah berlaku sebelum ini seperti pandemik COVID-19.

Sesi pertama, disampaikan dalam webinar 2.5 jam, melengkapi PKS dengan pandangan mengenai strategi pengurusan risiko dan standard yang mampan, disokong oleh pelan kesinambungan perniagaan yang berkesan.

 “Kemampanan dapat membantu PKS memenuhi keperluan eksport negara-negara lain dan memanfaatkan pasaran baharu dengan jayanya.

“Banyak negara-negara maju dan pengguna yang berpengetahuan, memilih produk yang dihasilkan secara mampan,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Sharimahton Mat Saleh dalam kenyataan hari ini.  

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Bhd Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata pengenalan pelbagai penyelesaian mampan, PKS bukan hanya diberikan akses kepada pasaran global tetapi turut diberi insentif untuk beroperasi secara bertanggungjawab dengan menyepadukan prinsip mampan dalam proses perniagaan harian mereka.

“Melihat kepada cabaran yang dihadapi oleh PKS semasa pandemik ini, ia cukup memberi kesan untuk mereka mengikuti program ini dan melihat mengenai kepentingan untuk sedia mampan dan membina daya tahan untuk berkembang,” katanya.

Sesi akan datang Program Pengeksport PKS Mampan dijadualkan pada 21 Julai, 2020.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan