Rabu, 08 Julai 2020
30/06/2020 10:52 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun -- S&P Global Ratings telah menyemak semula tinjauan ke atas lima bank Malaysia -- Malayan Banking Bhd (Maybank), CIMB Bank Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd dan AmBank (M) Bhd -- daripada “stabil” kepada “negatif”.

Pada masa yang sama, agensi penarafan itu berkata ia mengesahkan semua penarafannya ke atas bank-bank itu, memandangkan jangkaan kes asasnya bahawa profil kredit kendiri bank-bank ini mempunyai penampan mencukupi untuk bertahan dalam keadaan operasi sukar pada 2020 dan 2021. 

S&P Global memberikan penarafan kredit penerbit 'A-' jangka panjang dan 'A-2' jangka pendek ke atas Maybank, CIMB Bank, dan Public Bank, serta  penarafan kredit penerbit 'BBB+' jangka panjang dan 'A-2' jangka pendek ke atas RHB Bank dan AmBank.

Tindakan penarafan ke atas bank-bank itu adalah susulan daripada semakan semula tinjauannya ke atas penarafan kredit kerajaan ke atas Malaysia (mata wang asing A-/Negatif/A-2; mata wang asing A/Negatif/A-1), mencerminkan risiko pertumbuhan perlahan tambahan kepada metrik fiskal kerajaan berikutan iklim ekonomi global yang lemah dan peningkatan tahap ketidaktentuan dasar.

"Kami menjangka bank-bank ini terus mendapat manfaat daripada sokongan luaran dalam tempoh 12-24 bulan akan datang, walaupun kepercayaan kredit kedaulatan itu sendiri akan menerima tekanan. 

"Penarafan kami ke atas kesemua lima bank itu akan turun  sekiranya berlaku penurunan kedaulatan dalam tempoh 18-24 bulan akan datang,” kata S&P Global dalam satu kenyataan hari ini. 

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan