Sabtu, 04 Julai 2020
EKONOMI
01/07/2020 08:35 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun -- Anak syarikat Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) di luar negara berjaya memperoleh tiga kontrak di Indonesia dan Zambia dengan gabungan nilai kontrak kira-kira US$126.8 juta (kira-kira RM543.5 juta).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata satu kontrak diraih di Indonesia menerusi PT Serba Dinamik Indonesia yang merupakan anak syarikat dengan kepentingan 75 peratus oleh Serba Dinamik International Ltd yang juga anak syarikat milik penuh SDHB.

Kontrak itu meliputi kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian bagi PT Polytama Propindo.

Dua kontrak Platform Digital di Zambia pula diperoleh menerusi SDIT International Ltd, unit milik penuh Serba Dinamik IT yang juga unit milik penuh SDHB.

SDHB berkata ia juga telah meraih tujuh kontrak domestik bagi kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan menerusi anak syarikat milik penuhnya, Serba Dinamik Sdn Bhd. 

Menurutnya, kontrak-kontrak itu tidak mempunyai nilai khusus kerana berasaskan ‘call-out’ yang mana arahan kerja diberi mengikut budi bicara pelanggan berdasarkan jadual aktiviti dan kadar bagi tempoh sepanjang kontrak berkenaan.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan