Ahad, 05 Julai 2020
EKONOMI
29/06/2020 07:33 PM

PUTRAJAYA, 29 Jun -- Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) 2021-2025 sedang dibangunkan, dengan hala tuju merancakkan perniagaan francais dalam dan luar negara, serta menggandakan nilai jualan francais menjelang 2025.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi berkata pelan lima tahun itu juga dirangka sebagai usaha memulihkan industri francais yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19.

“PIPFN 2021-2025 juga adalah sebahagian daripada pelan pemulihan selepas COVID-19,” katanya pada sidang media selepas sesi perbincangan meja bulat bersama 51 penggiat francais di sini hari ini.

Menurut Nanta, nilai jualan industri francais pada 2018 sebanyak RM11 bilion dan RM13 bilion pada 2019 dan melalui PIPFN, diharapkan nilai jualan industri francais digandakan menjelang 2025.

"Harapan kita juga supaya lebih banyak jenama francais Malaysia dibawa ke persada antarabangsa," katanya.

Nanta dalam pertemuan dengan penggiat francais hari ini mempelawa industri francais menyertai Karnival Jualan Malaysia (KJM) 2020 dan merancakkan Kempen Beli Barangan Malaysia sepanjang bulan Julai hingga Disember ini.

Dalam pertemuan tersebut, katanya penggiat francais menyuarakan keluhan mengenai prosedur memohon permit operasi yang melibatkan pelbagai pihak berkuasa dan antara cadangan yang dikemukakan ialah mewujudkan pusat sehenti bagi urusan permohonan lesen operasi.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan