Rabu, 27 Mei 2020
22/05/2020 10:00 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mei -- Keuntungan bersih Hong Leong Industries Bhd (HLIB) jatuh kepada RM57.53 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 31 Mac, 2020 daripada RM90.40 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan merosot kepada RM621.89 juta daripada RM693.53 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, HLIB berkata syarikat itu juga mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah sebanyak RM98.91 juta daripada RM138.44 juta disebabkan oleh jualan yang lebih rendah di semua segmen produk yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditambah dengan sumbangan keuntungan yang lebih rendah daripada syarikat bersekutu.

Ia berkata pandemik COVID-19 dan PKP memberi kesan buruk kepada operasi kumpulan itu.

Berdasarkan kepada keadaan pasaran yang tidak menentu termasuk menyesuaikan diri dengan keperluan penjarakan sosial di tempat kerja, kumpulan itu berkata pihaknya mungkin perlu menyelaraskan dan merasionalisasikan beberapa operasi dengan sewajarnya.

"Kumpulan ini juga akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menjimatkan wang tunai dan terus meneroka cara-cara untuk mengurangkan kos untuk mengurangkan kesan buruk daripada pandemik ini terhadap prestasi kumpulan," kata HLIB.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan