Rabu, 27 Mei 2020
22/05/2020 08:45 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mei -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac 2020 susut lebih separuh kepada RM507.93 juta daripada RM1.19 bilion yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelum ini.

Pendapatan menurun kepada RM4.14 bilion daripada RM4.17 bilion.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini mengaitkan prestasi tersebut dengan pendapatan bukan faedah (NOII) yang rendah termasuk peruntukan yang lebih tinggi di pasaran tertentu.

"Pertumbuhan pinjaman kekal sihat di semua pasaran dan nisbah akaun semasa serta akaun simpanan kami meningkat dengan ketara kepada 36.5 peratus.

"Keuntungan, bagaimanapun, dipengaruhi oleh keadaan perdagangan yang tidak menentu, pendapatan pertukaran asing (FX) yang lebih rendah dan kredit terpencil, yang menyebabkan peningkatan peruntukan di pasaran terpilih," kata CIMB.

Secara keseluruhan, kumpulan itu menyaksikan pertumbuhan pinjaman yang stabil sebanyak 3.8 peratus dari tahun ke tahun dengan prestasi cemerlang di semua pasaran teras.

Pendapatan operasi dalam suku pertama 2020 kumpulan tetap mantap pada RM4.14 bilion, dengan pendapatan faedah bersih naik 4.8 peratus dari tahun ke tahun dengan margin faedah yang lebih rendah pada 2.44 peratus, katanya.

Bagaimanapun, NOII menurun sebanyak 15.5 peratus dari tahun ke tahun, sebahagian besarnya disebabkan oleh perdagangan dan pendapatan FX yang lemah yang diterima dari pasaran yang terjejas akibat COVID-19 pada akhir suku pertama 2020.

Jumlah deposit kumpulan adalah 3.9 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu, disumbangkan oleh prestasi yang memberangsangkan di Singapura (+17.7 peratus) dan Thailand (+13.4 peratus).

CIMB mengatakan keuntungan sebelum cukai segmen Perbankan Pengguna (PBT) adalah 8.5 peratus lebih rendah pada RM528 juta, sementara segmen Perbankan Komersialnya menunjukkan prestasi yang baik, merekodkan pertumbuhan 4.0 dalam perolehan operasi walaupun PBT bank itu menerima kesan daripada peningkatan peruntukan.

Bahagian Perbankan Borong kumpulan telah jatuh sebanyak 84.7 peratus dari tahun ke tahun kepada RM74 juta, disebabkan oleh pasaran modal yang lembap pada Mac lepas.

Bagaimanapun, pada suku pertama 2020, PBT yang telah menokok sebanyak 3.1 peratus kepada RM256 juta, didorong oleh pertumbuhan yang kukuh 19.7 peratus dalam pendapatan operasi, dengan aset pembiayaan kasar bertambah 8.0 peratus kepada RM79.9 bilion, merangkumi 22.0 peratus daripada jumlah pinjaman kasar kumpulan.

Sementara itu, PBT CIMB Malaysia menurun sebanyak 33.4 peratus bagi suku berkenaan, disebabkan oleh urus niaga dan pendapatan FX yang lemah, peruntukan yang lebih tinggi daripada perbankan pengguna dan NII yang lebih rendah daripada dua pemotongan kadar dasar semalaman pada suku pertama 2020.

Kumpulan menjangkakan cabaran yang berterusan sepanjang tahun ini.

"Bagaimanapun, kami yakin bahawa sistem perbankan hari ini adalah lebih berdaya tahan, memandangkan pelajaran yang dipelajari daripada krisis sebelumnya termasuk pembaharuan yang telah dibuat,

"Ini merangkumi sektor perbankan yang dipermodalkan dengan penimbal yang mencukupi sehingga mampu menahan kejutan negatif Covid-19," katanya.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan