Sabtu, 30 Mei 2020
EKONOMI
22/05/2020 09:48 PM

KUALA LUMPUR,  22 Mei -- Takaful IKHLAS memperuntukkan dana berjumlah RM140,000 di bawah program ‘Belanja Ramadan dan Syawal’, hasil sumbangan peserta Takaful Ikhlas General Bhd yang merupakan anak syarikat MNRB Holdings Bhd.

"Walaupun kita sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19, kami di Takaful IKHLAS tetap meneruskan usaha untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di bulan Ramadan ini.

"Sumbangan ini diberi bagi membantu perbelanjaan harian dan persiapan menyambut kedatangan Syawal," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Bhd, Eddy Azly Abidin dalam kenyataan.

Menurut syarikat itu, sumbangan disalurkan kepada 14 masjid terpilih di setiap negeri di Malaysia yang mempunyai pejabat cawangan Takaful IKHLAS, termasuk yang tidak mempunyai pejabat cawangan seperti Perlis dan Pulau Pinang.

Setiap masjid menerima sumbangan dana berjumlah RM10,000 yang kemudiannya akan diagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik bagi meringankan bebanan mereka.

"Ini selaras dengan matlamat kami, IKHLAS Bersama Anda. Ini merupakan salah satu cara untuk kami bagi pihak para peserta Takaful IKHLAS menyumbang kembali kepada masyarakat," kata Eddy Azly.

Penyerahan sumbangan untuk Masjid Ikhlasiah, Kg Kerinchi, Pantai Dalam disempurnakan beliau kepada Wan Mohd Rahim Yusoff, Pegawai Hal Ehwal Islam Ketua Pentadbir Masjid Al Ikhlasiah pada 19 Mei bertempat di Ibu Pejabat Takaful IKHLAS, Bangsar South di sini.

Sumbangan untuk masjid-masjid yang lain telah dilakukan secara berperingkat.

Selain itu, Takaful IKHLAS telah memperuntukkan dana tambahan untuk jaudah berbuka puasa kepada 100 keluarga Asnaf serta pesakit dialisis dan pegawai yang bertugas di bawah Perbadanan Islam Johor.

Syarikat juga membuat tajaan makanan kepada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Kelantan, Kolej Universiti Malaysia dan Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan yang terkandas semasa Perintah Kawalan Pergerakkan.

Sumbangan pancuran mandian mudah alih turut dibuat kepada barisan hadapan Klinik Kesihatan Kuala Lumpur serta pemberian bantuan kewangan kepada golongan B40, penjaja, peniaga kecil, pekerja gaji harian dan individu yang pendapatannya terjejas teruk.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan