Sabtu, 31 Oktober 2020
EKONOMI
05/05/2020 06:08 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mei -- Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) memperkenalkan robotik, robotik autonomi, percetakan 3D dan teknologi dron sebagai penyelesaian pengeluaran untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menghadapi pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Norhalim Yunus berkata, MTDC sedang menjalankan program bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk meneliti teknologi ini untuk membantu PKS.

“Ketika kita bercakap mengenai Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0), banyak syarikat tidak bersedia untuk meningkat ke arah IR4.0 dalam tempoh setahun.

“Jadi, kami bersetuju untuk bekerjasama dengan satu daripada syarikat penyewa kami bagi menawarkan penyelesaian penambahan kepada PKS yang ingin mengautomasikan sistem mereka,” katanya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman secara maya di antara MTDC dengan Serba Dinamik Group Bhd bagi pelancaran Dana Awal Transformasi Inovatif hari ini.

Dana Awal Transformasi Inovatif bernilai RM6 juta itu akan mengalakkan syarikat pemula niaga baharu ditubuhkan terlibat dalam inovasi digital atau perniagaan untuk mengkomersialkan idea mereka menerusi model perniagaan yang jelas.

Norhalim berkata pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak automasi diperlukan dalam kalangan PKS, justeru, MTDC kini bekerjasama dengan semua penerima dana dan penyewa untuk menentukan apa yang boleh mereka laksana untuk memajukan PKS di sepanjang rantaian nilai teknologi.

Beliau berkata teknologi percetakan 3D berperanan penting dalam keadaan berlakunya pandemik COVID-19, memandangkan teknologin ini dapat digunakan untuk mencetak barang-barang yang mahal serta sukar didapati pada kos berpatutan.

MOSTI telah menubuhkan komuniti bersama dengan beberapa kementerian seperti Kementerian Kesihatan serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi mengenal pasti bagaimana komuniti percetakan 3D dapat menyumbang dalam membantu petugas barisan hadapan memerangi COVID-19 di negara ini, katanya.

“Dalam jangka sederhana, lebih banyak komunikasi dua hala diperlukan supaya komuniti percetakan 3D tahu barang yang diperlukan daripada PKS, kerana seperti kita tahu rantaian bekalan terjejas teruk akibat COVID-19 manakala perniagaan mungkin perlu menunggu beberapa bulan lagi bagi barang yang ingin mereka beli,” katantya.

Norhalim berkata pada masa ini MTDC sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat untuk menempatkan robot autonomi dalam sebuah projek rintis di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysi dan  Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), yang berkhidmat sebagai kemudahan COVID-19.

Melangkah maju, beliau berkata syarikat penerima pelaburan ini perlu meneliti bagaimanapun untuk menempatkan robot ini kepada sektor lain, terutama sektor pertanian, serta membangunkan usahawan dron yang menumpukan kepada sektor yang sama.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan