Selasa, 07 April 2020
26/03/2020 09:05 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menjadi penyumbang terbesar kepada dana sebanyak RM10 juta yang dikumpulkan di bawah Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) sebagai menyokong perjuangan Malaysia dalam menentang pandemik COVID-19.

Bank terbesar di Malaysia itu menyumbang sebanyak RM2.5 juta manakala 10 anggota ABM lain menyumbang antara RM500,000 sehingga RM1 juta, kata persatuan itu.

Sepuluh bank komersil lain adalah Alliance Bank Malaysia Bhd, AmBank (M) Bhd, CIMB Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Bank (Malaysia) Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd dan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd. 

“ABM sedang bekerjasama dengan MERCY Malaysia dalam Pelan Tindakan dan Persediaan Strategik COVID-19 bagi menyalurkan dana ini khusus untuk masa-masa kritikal, kesediaan termasuk respons sokongan kepada Kementerian Kesihatan serta Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis,” katanya.

ABM, yang mempunyai 26 anggota berkata bank-bank dalam ABM sedar bahawa bekalan dan peralatan perubatan yang mencukupi diperlukan sepanjang masa kecemasan, khususnya sebagai penyediaan langkah-langkah kritikal kepada mereka yang terjejas oleh COVID-19.

Sejumlah RM10 juta yang dipungut di bawah inisiatif ini tidak termasuk sumbangan individu yang diumumkan oleh beberapa bank anggota sebelum ini, akan diuruskan secara berasingan oleh bank-bank berkenaan dalam usaha memerangi wabak COVID-19.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek berkata sumbangan dana yang digabungkan oleh bank-bank komersil ini diharap dapat membantu MERCY Malaysia mendapatkan dan menyalurkan sumber penting yang diperlukan dalam usaha berterusan negara untuk melawan COVID-19.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan