Selasa, 07 April 2020
EKONOMI
26/03/2020 08:42 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac -- AirAsia Group Bhd telah menggantung kesemua penerbangan antarabangsa bagi sementara waktu untuk operasi di Malaysia, Thailand dan Filipina kerana penularan COVID-19.

Bagi AirAsia Indonesia, kumpulan syarikat penerbangan itu telah mengurangkan kekerapan penerbangan antarabangsanya, sementara operasi domestik diteruskan pada jumlah kekerapan yang dikurangkan.

"Ahli Lembaga percaya bahawa penggantungan penerbangan sementara ini tindakan yang betul untuk memastikan kesejahteraan penumpang, tetamu dan kakitangan kami, ia akan kekal sebagai keutamaan dalam perniagaan kami dalam masa yang mencabar sekarang.

"Syarikat itu akan terus menilai keadaan dari semasa ke semasa dan bersedia untuk meneruskan kembali perkhidmatan sebaik sahaja keadaan bertambah baik, tertakluk kepada kelulusan oleh pengawalseliaan," kata syarikat penerbangan kos rendah itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kumpulan itu berkata semua penerbangan antarabangsa dan domestik AirAsia Malaysia digantung sementara dari 28 Mac hingga 21 April, 2020.

Dalam pada itu, penggantungan sementara untuk AirAsia Filipina melibatkan penerbangan antarabangsa dan domestik dari 20 Mac hingga 14 April, 2020, ketika tempoh kuarantin komuniti di Luzon, serta di bahagian lain di negara tersebut.

Bagi AirAsia Thailand, penggantungan sementara semua penerbangan antarabangsa adalah dari 22 Mac hingga 25 April, 2020, manakala operasi domestiknya diteruskan pada kekerapan yang berkurangan.

Sementara itu, AirAsia India, yang hanya menjalankan operasi laluan domestik telah menggantung penerbangannya selama 21 hari, bermula 25 Mac bagi mematuhi penggantungan dilaksanakan kerajaan bagi semua penerbangan domestik.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan