Selasa, 07 April 2020
EKONOMI
26/03/2020 08:17 PM

SHAH ALAM, 26 Mac -- Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) menegaskan syarikat itu tidak pernah melantik mana-mana pihak lain untuk menjadi ejen menjual penutup hidung dan mulut kepada orang ramai.

Pharmaniaga dalam satu kenyataan memberitahu, penjualan penutup hidung dan mulut oleh syarikat itu hanya dibuat secara dalam talian iaitu di laman web www.royalepharma.com serta di rangkaian farmasi dan alliance RoyalePharma.

Justeru menurut kenyataan itu, dakwaan yang tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini mengatakan ada pihak daripada syarikat itu menjual penutup hidung dan mulut melebihi harga siling ditetapkan kerajaan dan tidak mengendahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak benar.

“Dakwaan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu hanya untuk memperdayakan orang ramai dengan menggunakan nama syarikat ini. Malah, penutup hidung dan mulut yang dijual oleh Pharmaniaga mengikut harga ditetapkan kerajaan," kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Menurutnya Pharmaniaga kesal dengan perbuatan sesetengah pihak yang melakukan penipuan sedemikian dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Tambah kenyataan itu, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu berkenaan boleh menghubungi bahagian Khidmat Pelanggan Pharmaniaga dengan menelefon talian 1-800-888-313 atau menghantar emel ke comms@pharmaniaga.com.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan