Selasa, 07 April 2020
EKONOMI
26/03/2020 07:53 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggerakkan kempen 'Kibar Jalur Gemilang' sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia memerangi penularan wabak COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Kamarulzaman Zainal dalam kenyataan hari ini berkata, inisiatif itu adalah sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat syarikat dalam usaha memberi kesedaran dan galakan, menyokong usaha kerajaan memerangi COVID-19.

"Kami berharap kempen ini mampu meningkatkan semangat patriotisme dan moral rakyat khususnya kepada adiwira barisan hadapan yang berjuang mengekang penularan wabak itu.

"Pengibaran bendera itu juga akan dilakukan di semua stesen rangkaian KTMB di seluruh Semenanjung," katanya yang menambah Jalur Gemilang mula dinaikkan di ibu pejabat syarikat berkenaan di Jalan Sultan Hishammuddin, dekat sini.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan