Selasa, 07 April 2020
26/03/2020 05:37 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac -- Unifi akan terus menawarkan sokongan bagi kemudahan pelanggan yang berada di rumah susulan pengumuman lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

Pakej itu termasuk pas hotspot percuma LTE 999 GB bagi pelan mudah alih tanpa had unifi, pas data LTE tanpa had selama tujuh hari bagi prabayar mudah alih #BEBAS dan akses percuma untuk semua saluran televisyen unifi termasuk saluran premium dan potongan 20 peratus bagi pembelian khidmat ‘video-on-demand.’

Dalam kenyataan hari ini, unifi juga akan terus membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan pelbagai penyelesaian yang membolehkan mereka kekal produktif sepanjang tempoh PKP berkenaan.

Ketua Pegawai Komersial Telekom Malaysia Bhd (TM), Anand Vijayan berkata unifi telah mengenal pasti tiga cabaran utama perniagaan sepanjang PKP -- mengekalkan kebersambungan, peluang pemasaran terhad dan akses kepada pembiayaan secara fleksibel.

Menurutnya, semua pelanggan PKS unifi diberi akses percuma terhadap platform bersepadu Penyelesaian Pemasaran Digital (DMS) unifi.

Platform itu memberi akses mudah untuk pengguna terhadap mekanisme pemasaran digital seperti Instaweb, Google Ads dan Facebook Ads dan mereka dapat menikmati diskaun sehingga 20 peratus apabila melanggan, kata beliau.

Pelanggan yang berminat boleh melayari www.yellowpages.my bagi maklumat lanjut.

“Selain langkah-langkah tersebut, perniagaan yang mencari sokongan kewangan juga boleh menghubungi rakan unifi seperti SME Bank dan RHB Bank.

“Sebagaimana arahan Bank Negara Malaysia (BNM), kedua-dua bank itu boleh mengagihkan dana sehingga RM1 juta dan memberi moratorium atau penangguhan pembayaran balik pembiayaan sehingga enam bulan," katanya.

Dalam pada itu, pelanggan unifi yang memerlukan bantuan teknikal bagi akaun masing-masing dinasihatkan memanfaatkan saluran perkhidmatan pelanggan digital masing-masing bagi mengelak interaksi fizikal dan mengurangkan risiko jangkitan.

Saluran itu termasuk portal khidmat pelanggan di laman seawang unifi, aplikasi myunifi dan platform media sosial di Facebook @weareunifi dan Twitter @helpmeunifi.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan