BERITA COVID–19   Jabatan Kesihatan Kelantan nafi beruk di Gua Musang positif COVID-19 | COVID: Majlis pengebumian cetus kluster baharu di Sabah | Selesaikan dahulu isu COVID, henti buang masa dengan 'politik tukar kerajaan' | Kadar vaksinasi di Johor diharap naik kepada 70,000 dos sehari - Tunku Ismail | ASEAN perlu pertingkat kerjasama dengan rakan luar tangani COVID-19 | 
EKONOMI

Kerjasama dengan universiti, penyedia teknologi boleh kembangkan IKS

07/03/2020 01:23 PM

ALOR SETAR, 7 Mac  -- Industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini berupaya berkembang lebih pesat dan berdaya saing jika kerjasama antara pemain industri dengan penyedia teknologi dan institusi pengajian tinggi tempatan dapat dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) Datuk Norhalim Yunus berkata, potensi sesuatu IKS tidak dapat digembleng sebaik mungkin tanpa penggunaan teknologi yang disediakan atau ditawarkan kedua-dua pihak.

“Banyak IKS tidak selesa atau merasa kurang layak untuk berinteraksi dengan universiti. Jadi, di sinilah peranan kita, MTDC untuk menggalakkan kerjasama di antara IKS tempatan dengan universiti dan penyedia teknologi tempatan.

“Banyak penyelidikan berkaitan teknologi di universiti dibiayai oleh kerajaan dan hasil penyelidikan ini perlu kita pindahkan ke industri dan pemindahan itu tidak dapat dilaksanakan jika kita tidak mendapat kerjasama daripada pihak berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian program MTDC Road2Growth 2020 - Wilayah Utara di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan negeri, Mohd Asmirul Anuar Aris.

Norhalim berkata, terdapat pelbagai bentuk teknologi yang boleh diguna pakai oleh pengusaha IKS untuk mengembangkan perusahaan mereka, namun, kurang pengetahuan atau pendedahan menyebabkan mereka tertinggal daripada menerima manfaatnya.

“Walaupun pengusaha IKS itu mengeluarkan roti sebagai contoh, dia boleh menggunakan teknologi sensor dalam proses pembuatan roti. Apabila ada sensor, dia boleh mendapat data yang lebih tepat dan membuat analisis dan dapat meningkatkan kecekapan.

“Di sinilah peranan MTDC untuk memberitahu IKS bahawa ada teknologi yang boleh membantu mereka meningkatkan pengeluaran yang disediakan oleh syarikat teknologi dan universiti. Inilah antara tujuan utama program Road2Growth ini,” katanya.

Program MTDC Road2Growth yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini adalah platform tahunan perbadanan itu untuk memaklumkan dan memberi kesedaran kepada pihak yang berkaitan khususnya usahawan IKS mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan MTDC.

-- BERNAMA


 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan