DUNIA > BERITA

Menteri Luar China, Rusia Bincang Situasi Iran

02/03/2026 03:07 PM

BEIJING, 2 Mac (Bernama-CMG) -- China kekal dengan pendirian konsisten dalam mematuhi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  (PBB) serta menolak penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa.

Menteri Luar China Wang Yi membuat kenyataan itu susulan perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Rusia Sergei Lavrov menerusi panggilan telefon pada Ahad.

Majlis Keselamatan PBB pada Sabtu mengadakan mesyuarat tergempar berhubung situasi semasa di Iran, atas dorongan China dan Rusia.

Wang berkata, China berpendirian bahawa operasi ketenteraan perlu dihentikan serta-merta bagi mencegah api peperangan daripada terus merebak.

Pihak-pihak terbabit harus kembali ke meja rundingan secepat mungkin, kata beliau sambil menambah bahawa sebarang bentuk tindakan unilateral perlu ditolak.

Sementara itu, Lavrov menyatakan bahawa Rusia berkongsi pendirian sama dengan China serta bersedia memperkukuh koordinasi dan komunikasi dengan China bagi menghantar isyarat yang jelas melalui platform seperti PBB dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dalam menggesa penghentian permusuhan dan kembali ke landasan diplomasi.

–BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan