DUNIA > BERITA

Sekurang-kurangnya 26 Terbunuh Dalam Pertempuran Kumpulan Bersenjata Di Colombia

20/01/2026 10:51 AM

BOGOTA (Colombia), 20 Jan (Bernama-Xinhua) -- Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh semasa pertempuran sengit antara kumpulan bersenjata di wilayah Guaviare, Colombia, menurut tentera Colombia pada Isnin, lapor Xinhua.

Ricardo Roque, komander Divisyen Keempat Tentera Nasional, memberitahu media tempatan bahawa anggota tentera menemukan 26 mayat di perbandaran El Retorno, susulan pertempuran antara kumpulan bersenjata yang bertelingkah.

Roque berkata tentera darat, polis, tentera laut dan tentera aeroangkasa sedang menjalankan operasi bersama untuk menguasai semula sepenuhnya kawasan tersebut, yang merangkumi lebih daripada 35,000 kilometer persegi.

Beliau menambah bahawa sebuah pos perintah bersepadu telah ditubuhkan untuk menyelaraskan operasi keselamatan dan menangani risiko terhadap komuniti berhampiran, termasuk kemungkinan peranti yang belum meletup.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa penduduk di kawasan luar bandar kekal dalam risiko berikutan keganasan yang berterusan dan menggesa orang awam supaya mematuhi arahan keselamatan rasmi.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan