DUNIA > BERITA

Johari Abdul Adakan Perbincangan Dengan Rakan Sejawat Dari India Mengenai Kerjasama Dua Hala

16/01/2026 09:35 PM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 16 Jan (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul pada Jumaat mengadakan perbincangan dengan Speaker Parlimen India Om Birla mengenai bidang potensi kerjasama dua hala.

Pertemuan mereka berlangsung di New Delhi di luar Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel (CSPOC) ke-28.

"Perbincangan tertumpu kepada potensi luas perkongsian India-Malaysia, termasuk usaha merancakkan pelancongan, meningkatkan pelaburan bersama, serta mengiktiraf sumbangan besar diaspora India," kata Birla dalam satu hantaran di platform X.

Kedua-dua pihak turut mengesahkan semula "komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama parlimen."

Persidangan Komanwel yang berlangsung dari 14 hingga 16 Januari itu membincangkan pelbagai isu bermula daripada perkara perundangan tradisional sehinggalah kepada cabaran baharu yang timbul daripada penggunaan kecerdasan buatan (AI) serta pertumbuhan pesat media sosial.

Para peserta turut meneliti impak media sosial dan AI terhadap ahli parlimen serta prosedur perundangan.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan