DUNIA > BERITA

Iran Buka Semula ruang Udara  

15/01/2026 03:32 PM

ISTANBUL, 15 Jan (Bernama-Anadolu) -- Iran membuka semula ruang udaranya kepada lalu lintas udara pada Khamis selepas tempoh penutupan sementara bagi kebanyakan penerbangan tamat, dengan data penjejakan menunjukkan pesawat kembali menuju ke Tehran, lapor Anadolu Ajansi (AA).

FlightRadar24, perkhidmatan penjejakan penerbangan dalam talian, mengesahkan bahawa notis kepada penerbangan atau misi udara (NOTAM) yang mengehadkan penggunaan ruang udara Iran telah tamat tempoh, dan beberapa penerbangan dikesan memasuki ruang udara negara itu.

Iran sebelum ini menutup sementara ruang udaranya kepada semua penerbangan kecuali ketibaan dan pelepasan penerbangan awam antarabangsa yang dibenarkan, dengan alasan protokol keselamatan.

Notis awal menyatakan ruang udara Tehran akan kekal ditutup sehingga 15 Jan, dengan hanya penerbangan awam tertentu dibenarkan beroperasi selepas mendapat kelulusan awal daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.

Langkah itu diambil ketika ketegangan serantau dan domestik semakin meningkat, termasuk protes antikerajaan di Iran dan penelitian antarabangsa yang semakin memuncak.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan