COLOMBO, 2 Jan (Bernama-Xinhua) -- Sri Lanka merekodkan 2,562 nahas jalan raya yang membawa maut pada 2025 berbanding 2,287 kes pada 2024, lapor Xinhua.
Menurut Jurucakap Polis F. U. Wootler pada Jumaat, nahas jalan raya sepanjang 2025 mengorbankan 2,710 nyawa, iaitu 322 kematian lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Beliau berkata kira-kira 85 peratus nahas jalan raya di Sri Lanka berpunca daripada masalah berkaitan tekanan psikologi.
Punca utama lain nahas pada 2025 termasuk memandu laju, pemanduan di bawah pengaruh alkohol, keletihan serta penggunaan bahan narkotik, kata Wootler.
Jurucakap itu turut memaklumkan yang beberapa inisiatif di bawah penyeliaan Ketua Polis Negara akan dilaksanakan pada 2026 bagi mengurangkan nahas maut secara ketara.
Sebelum ini, Pesuruhjaya Pengangkutan Motor Kamal Amarasinghe mengumumkan yang negara itu akan melaksanakan sepenuhnya sistem mata demerit bagi pemandu pada 2026. Langkah itu bertujuan membendung peningkatan nahas jalan raya dengan menjejak dan mengenakan penalti terhadap pesalah trafik berulang melalui pangkalan data digital.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial