DUNIA > BERITA

Forum Media China-Rusia Ke-6 Berlangsung Di Beijing

17/12/2025 04:50 PM

BEIJING, 17 Dis (Bernama-CMG) -- Forum Media China-Rusia ke-6 berlangsung di Beijing pada Selasa, disertai kira-kira 140 wakil jabatan kerajaan dan media dari kedua-dua negara.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC, Li Shulei menghadiri forum itu  dan menyampaikan ucapan.

Para peserta berpendapat bahawa di bawah bimbingan strategik Presiden Xi Jinping dan Presiden Vladimir Putin, hubungan China dan Rusia mengekalkan perkembangan yang mantap, sihat dan bertaraf tinggi, sehingga menjadi teladan baik bagi hubungan baharu antarabangsa.

Kedua-dua pemimpin telah menandatangani dan mengeluarkan kenyataan bersama untuk meningkatkan hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Rusia untuk koordinasi pada era baharu, pada Mei lepas. Kenyataan bersama itu turut menyatakan komitmen kedua-dua negara untuk meningkatkan kerjasama media.

Menurut para peserta, badan media kedua-dua negara harus memfokuskan kepada topik-topik penting seperti penyelarasan antara Rancangan Lima Tahun ke-15 China dengan strategi pembangunan sosioekonomi Rusia, membuat laporan tentang hasil kerjasama yang sama menang dalam pelbagai sektor, dan membina jambatan untuk merapatkan hubungan persahabatan rakyat kedua-dua negara.

Pada masa sama, menurut mereka, badan media dari kedua-dua negara harus menggalakkan pertukaran dan interaksi tamadun, berganding bahu untuk menghadapi reformasi dan cabaran pendigitalan dan kecerdasan, dan bersama-sama meningkatkan daya penyebaran dan pengaruh media.

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan