DUNIA > BERITA

Korea Selatan Keluar Amaran Selepas Kes Keenam Demam Babi Afrika

25/11/2025 04:57 PM

SEOUL, 25 Nov (Bernama-Yonhap) -- Pihak berkuasa kuarantin Korea Selatan mengeluarkan amaran di seluruh negara, menggesa langkah kuarantin dipertingkatkan selepas negara itu merekodkan kes keenam demam babi Afrika (ASF) tahun ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kes terbaharu itu dilaporkan di sebuah ladang ternakan babi di bandar Dangjin, wilayah Chungcheong Selatan yang menternak 463 ekor babi, menurut Pusat Pengurusan Bencana Pusat (CDMH).

Susulan penularan terbaharu itu, CDMH mengeluarkan amaran merah peringkat tertinggi di seluruh negara bagi mengekang penyebaran penyakit.

Kerajaan memusnahkan 1,423 ekor babi dari ladang terjejas dan beberapa ladang lain milik pengusaha yang sama, serta mengeluarkan perintah sekatan pergerakan selama 48 jam untuk semua ladang babi dan fasiliti berkaitan di seluruh negara, menurut pegawai.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan