DUNIA > BERITA

Ukraine Akan Beli 100 Jet Pejuang Rafale Dari Perancis-Zelenskyy

17/11/2025 10:20 PM

ISTANBUL, 17 Nov (Bernama–Anadolu) -- Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Isnin berkata  negaranya membuat pesanan untuk memperoleh 100 jet pejuang Dassault Rafale sebagai sebahagian daripada perjanjian yang ditandatangani beliau dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron, lapor Anadolu Ajansı (AA).

“Ukraine baru sahaja membuat pesanan bersejarah untuk 100 jet pejuang Rafale bagi melengkapkan  angkatan tenteranya,” kata Zelenskyy kepada wartawan sejurus selepas menandatangani deklarasi hasrat bersama Macron, menurut agensi berita negara Ukrinform.

Pemeteraian dokumen itu, yang bertujuan mengukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara, berlangsung di pangkalan udara Villacoublay berhampiran Paris.

Zelenskyy tiba di Perancis selepas melawat ibu negara Greece, Athens, di mana syarikat gas kedua-dua negara menandatangani surat hasrat mengenai pembekalan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat ke Ukraine sepanjang musim sejuk akan datang.

Presiden Ukraine itu melawat negara jiran, Sepanyol, pada Selasa.

--BERNAMA–ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan