DUNIA > BERITA

Menteri Luar II Brunei Adakan Lawatan Kerja Ke Malaysia Sempena Mesyuarat Ke-26 EOL

22/07/2025 06:52 PM

PUTRAJAYA, 22 Julai (Bernama) -- Menteri Luar II Brunei Datuk Seri Setia Erywan Mohd Yusof akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula Selasa bagi menghadiri Mesyuarat ke-26 Pelaksanaan Pertukaran Surat antara kedua-dua negara (EOL-26).

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan bahawa Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan meraikan rakan sejawatannya dari Brunei semasa lawatan itu.

Kedua-dua menteri luar itu akan mempengerusikan bersama mesyuarat berkenaan pada Rabu (23 Julai).

“Mesyuarat tahunan EOL merupakan mekanisme dua hala yang penting bagi menyelesaikan isu-isu dan meneroka bidang kerjasama baharu antara Malaysia dan Brunei.

“Kedua-dua menteri dijangka meniai kemajuan isu-isu dua hala, termasuk berkaitan sempadan darat dan maritim serta membincangkan usaha untuk memperkukuh kerjasama ekonomi,” menurut Wisma Putra.

Kementerian Luar berkata Mesyuarat EOL juga berperanan sebagai platform bagi membuat persiapan menjelang Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-26 yang akan dihoskan oleh Malaysia pada Ogos ini.

Pada 2024, Brunei merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara ASEAN, dengan jumlah dagangan bernilai RM7.53 bilion (US$1.77 bilion).

Bagi tempoh dari Januari hingga Mei 2025, jumlah dagangan dua hala berjumlah US$0.58 bilion (RM2.56 bilion), mencerminkan hubungan ekonomi dua hala yang terus kukuh.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan