BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
DUNIA

FIFA lancar platform jualan semula tiket rasmi Piala Dunia 2022

06/08/2022 01:59 PM

ZURICH, 6 Ogos (Bernama) -- Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melancarkan Platform Jualan Semula Tiket Rasmi untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dan peminat yang telah membeli tiket mereka melalui platform rasmi FIFA boleh menjualnya semula di platform itu.

Tempoh jualan semula tiket Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan ditutup pada 16 Ogos jam 12 tengah hari waktu Doha.

Menurut Agensi Berita Qatar (QNA), badan induk bolasepak dunia itu akan membuat satu lagi tempoh jualan semula Tiket FIFA pada tarikh dekat dengan kejohanan itu.

Orang awam yang membeli tiket Piala Dunia FIFA Qatar 2022 secara dalam talian menurut Syarat Jualan Tiket Dalam Talian untuk Orang Ramai boleh menyerahkan tiket itu untuk dijual semula di Platform Jualan Semula Tiket Rasmi FIFA, dengan mengakses akaun Tiket FIFA mereka dan memilih pilihan "Tiket untuk dijual semula" di menu paparannya, lapornya.

Pautan berasingan disediakan untuk pelanggan antarabangsa dan penduduk Qatar.

Mereka yang berminat untuk membeli tiket yang disediakan dalam Platform Jualan Semula Tiket Rasmi FIFA boleh menyemak pautan yang berkaitan di laman sesawang FIFA.

-- BERNAMA 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan